29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Indonesia dapat 5,207 hektar susulan pelarasan sempadan dengan M’sia – laporan

    Shopee Sale

    Malaysia memberikan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan untuk tiga kampung di pulau Sebatik, berdekatan sempadan Sabah-Kalimantan, lapor media republik itu.

    “Beribu-ribu hektar wilayah ini dicadangkan untuk menyokong pembangunan pos rentas sempadan dan zon perdagangan bebas,” lapor Tempo.

    Portal berpengaruh itu melaporkan tiga kampung itu ialah Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga, dan Kampung Tetagas dalam kawasan Nunukan, sempadan Tawau, Malaysia.

    Sebagai konteks, keluasan tanah diberikan itu jauh lebih besar berbanding Putrajaya dengan keluasan 4,931 hektar.

    Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan (BNPP) Indonesia Makhruzi Rahman berkata perkara itu berlaku susulan peralihan garis sempadan antara kedua-dua negara, susulan perjanjian penyelesaian sempadan.

    MENARIK:  DAP Perak tubuh jawatankuasa bantu kempen PRK Ayer Kuning

    Tempo melaporkan, dalam memorandum yang ditandatangani pada 18 Februari 2025, kira-kira 127 hektar wilayah Pulau Sebatik menjadi milik Indonesia, manakala Malaysia memperoleh 4.9 hektar wilayah.

    Sementara itu, timbalan menteri pertanian dan agensi tanah indonesia Ossy Dermawan, mengesahkan mengesahkan perubahan garis sempadan negara mengakibatkan tiga kampung di Nunukan beralih ke wilayah pentadbiran Malaysia. 

    Katanya, walaupun perjanjian itu memberikan 4.9 hektar wilayah Indonesia kepada Malaysia, jumlah sebenar keluasan yang hilang ialah 6.1 hektar, memandangkan kerajaan Indonesia perlu mewujudkan zon penampan seluas 2.4 hektar. 

    Malaysiakini sedang mendapatkan pengesahan Wisma Putra susulan laporan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah