34.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IGP sumbang RM10,000 hasil kos dibayar Papagomo ke tabung polis

    Shopee Sale

    Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP). 

    Wang itu hasil bayaran kos guaman yang diperintahkan mahkamah terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo kepada Razarudin selepas membenarkan permohonan injunksi inter-parte (secara dua pihak) oleh KPN selaku plaintif dalam saman yang difailkannya terhadap defendan.

    Wang itu  diserahkan  kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Abdul Majid selaku Ahli Tetap TAWP di pejabatnya di sini.

    Razarudin berharap sumbangan berkenaan dapat memberi manfaat kepada anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cemerlang dalam akademik, menghadapi masalah kesihatan dan mereka yang memerlukan bantuan kewangan. 

    MENARIK:  Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor

    “Ia adalah dana yang diperoleh daripada perintah mahkamah terhadap defendan, Papagomo yang diperintahkan membayar kos guaman dalam prosiding mahkamah setelah mahkamah mengeluarkan injunksi dalam kes saman fitnah pada 10 Jan lepas.

    “Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung anak-anak warga polis,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur. 

    Pada 10 Jan lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi inter-parte oleh Razarudin dalam saman RM3 juta yang difailkannya terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah dan mengarahkan defendan membayar kos RM10,000 kepada plaintif.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah