Pihak keselamatan menahan seorang warga negara Israel yang menggunakan passport Perancis dan merampas enam pucuk pistol, maklum Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
"Pihak Jabatan Siasatan Jenayahy (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Razaruddin juga berkata ketika disoal siasat polis suspek memberitahu kedatangannya ke Malaysia untuk mencari seseorang untuk dibunuh.
Menurut ketua polis negara, suspek telah masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melaui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).
Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.
"Dia duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.
“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.
"Mungkin dia ada agenda yang lain yang dia datang sini bermula 12hb sehingga tertangkap,” kata Razarudin.
[Berita penuh menyusul]





