25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IGP: Polis pengiring serang pemandu OKU telah kena tindakan

    Shopee Sale

    Polis pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang didakwa menyerang seorang pemandu e-hailing OKU dilaporkan telah dikenakan tindakan tatatertib.

    Menurut Berita Harian, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata selain siasatan yang dijalankan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, anggota itu turut disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

    "Selain itu, siasatan terhadapnya juga turut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan," katanya seperti dipetik.

    Menurut Razarudin, tindakan tatatertib diambil selepas JIPS menyelesaikan siasatan dalam berhubung kes itu pada Jun lalu.

    Dia bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus tindakan yang dikenakan.

    Dia juga berkata pada 5 Jun lalu - iaitu seminggu selepas insiden itu - polis telah merujuk kertas siasata kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

    Kenyataan itu beberapa jam selepas pemandu tersebut, Ong Ing Keong bersama peguamnya, N Surendran mendedahkan rakaman kejadian yang berlaku pada 28 Mei itu.

    MENARIK:  'PAS seolah-olah lacurkan Rizwadi kepada Bersatu'

    Dalam sidang media hari ini, mereka menyuarakan kekecewaan apabila suspek belum didakwa di mahkamah, walau selepas dua bulan berlalu.

    Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Orang Pekak Malaysia (Fajar) pula menggesa peguam negara mempercepatkan proses pendakwaan terhadap suspek.

    Sebelum ini, polis juga didakwa memberi amaran kepada Ong agar tidak mendedahkan rakaman insiden - arahan yang dipatuhinya sehinggalah sidang media hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah