24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujan berterusan tahap buruk di tiga negeri sampai 23 Nov

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.

    Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokaliti terlibat di Pahang merangkumi Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor, meliputi Segamat, Kluang, Mersing serta Kota Tinggi.

    Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada di dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang berkuat kuasa sehingga 23 Nov ini.

    Kawasan yang tersenarai di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Pahang, meliputi kawasan Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

    MENARIK:  Harga emas jatuh hampir 10 peratus, kemerosotan mingguan terburuk

    “Amaran Hujan Berterusan tahap waspada turut berkuat kuasa sehingga 20 November 2024 melibatkan kawasan-kawasan seperti Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” menurut kenyataan itu.

    MetMalaysia memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

    “Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya menerusi kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah