30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    HSA nafi petugas minta deposit wad secara tunai, buat laporan polis

    Shopee Sale

    Pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) menafikan dan memandang serius isu tular berkaitan individu didakwa petugas hospital yang meminta bayaran deposit wad secara tunai tanpa resit rasmi.

    HSA menerusi hantaran di Threads memaklumkan siasatan awal mendapati individu berkenaan bukan petugas hospital, dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

    Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan hanya membuat sebarang bayaran di Kaunter Hasil rasmi serta memastikan resit sah diterima bagi setiap transaksi.

    MENARIK:  Telefon Zahid jam 3 pagi: Umno politikkan tragedi banjir 2017 - Lim

    "Langkah ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan," menurut hantaran itu.

    Terdahulu, tular hantaran seorang wanita di Threads yang mempersoalkan sekiranya hospital berkenaan mengenakan bayaran deposit bagi pendaftaran wad.

    Dia mendakwa ibunya perlu membayar sejumlah RM30 kepada individu terbabit, iaitu seorang wanita, ketika ingin membuat pendaftaran masuk wad ayahnya tanpa diberi resit bayaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah