32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dana zakat: 3 ahli dicekup SPRM, Ikram janji beri kerjasama penuh

    Shopee Sale

    Pertubuhan Ikram Malaysia berjanji memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana zakat.

    Pertubuhan Islam itu juga merehatkan individu itu serta-merta daripada semua jawatan dan tanggungjawab dalam organisasi bagi memastikan kelancaran serta ketelusan proses siasatan.

    “Ikram memandang serius perkara ini dan menegaskan bahawa integriti serta amanah merupakan asas utama yang sentiasa menjadi keutamaan dalam seluruh gerak kerja organisasi,” kata presidennya Badlishah Sham Baharin.

    Badlishah Sham Baharin

    Ikram tidak menyatakan kes dirujuknya secara khusus. 

    Bagaimanapun semalam SPRM menahan tiga orang, termasuk seorang pemimpin kanan sebuah NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta antara 2018 hingga 2024.

    Sumber mendakwa dia memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikat bagi tujuan pelaburan dan peribadi.

    Media melaporkan SPRM menyita 18 kenderaan mewah, termasuk Porsche dan Mercedes, rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, serta pelbagai harta alih meliputi wang dan jam tangan mewah.

    MENARIK:  Masih pegang Aurad Muhammadiah, Selangor haramkan GISBH

    Sebanyak 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta juga dibekukan.

    Ikram dan SPRM setakat ini tidak mendedahkan identiti individu itu. Bagaimanapun dakwaan itu sudah tular di media sosial sejak sekian lama.

    Tindakan individu, tak libatkan organisasi

    Dalam kenyataan hari ini, Ikram menjelaskan bahawa apa yang berlaku melibatkan tindakan individu dan tidak melibatkan organisasi secara langsung. 

    Selaras dengan perlembagaan Ikram, jika didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil bagi memastikan integriti organisasi terus terpelihara.

    Menegaskan menghormati proses undang-undang Badlishah berkata mereka tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut berhubung perkara itu. 

    “Segala keputusan dan penjelasan adalah tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa,” katanya.

    Ikram sedang membuat semakan dalaman bagi memastikan amalan tadbir urus organisasi agar telus, berintegriti serta selaras dengan tuntutan syarak dan prinsip kedaulatan undang-undang. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah