30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ceddy Ang Kongsi Pandangan Isu Artis Sombong – ‘Artis, Peminat Kena Ada Empati, Saling Memahami’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan penyanyi, Ceddy Ang berpendapat sikap saling memahami antara artis dan peminat memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan baik antara kedua-dua pihak.

    Artikel Berkaitan: ‘Awak Kena Ambil Kerja & Bakat Itu Dengan Serius, Pergi Kelas Atau Usaha Asah Kemahiran’ – Ceddy Ang

    Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Kecewa, Dakwa Segelintir Rakan Artis Tak Sokong Single Pertama – ‘Masa Saya Keluar Lagu Mereka Senyap’

    Empati

    Ketika ditemui , Ceddy, 37, berkata walaupun individu itu bergelar artis, seseorang itu tetap tidak terlepas daripada melalui hari-hari yang kurang baik hingga menyebabkan emosinya tidak menentu.

    Katanya, penting untuk kedua-dua pihak memahami situasi masing-masing agar tiada salah faham yang timbul.

    Kadang-kadang artis pun ada ‘bad day’, jadi untuk label mereka sombong pun tidak baik. Bagi saya, dua-dua pihak (artis dan peminat) kena ada empati.

    Artis pun kena faham, walaupun ada ‘bad day’ tapi kalau peminat teruja nak jumpa, kenapa buat muka? Awak kena layan.

    Peminat pula kena faham, kalau emosi artis tu tak okay semasa berjumpa, bagi dia peluang. Masing-masing kena faham situasi masing-masing.

    Ceddy berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran single kedua, Asal Ada Kamu di ibu kota pada petang Selasa.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Selangkah itu menegaskan bahawa peminat adalah antara faktor utama yang mencorakkan perjalanan kerjaya seorang artis.

    MENARIK:  [VIDEO] Rumah Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Musnah, Keajaiban Ruang Solat Tidak Terjejas – ‘Saya Percaya Ini Kerana Amalan Tuan Rumah’

    Disebabkan itu, artis perlulah berusaha melayani para peminat walaupun emosinya kurang baik.

    Bila saya keluar, orang akan tegur saya. Mesti akan ada hari di mana saya tiada ‘mood’ langsung.

    Bukan benci sesiapa tapi ada perkara lain yang membuatkan saya risau contoh ibu saya jatuh.

    Tetapi kalau ada orang yang betul-betul minat nak ambil gambar dengan awak, saya rasa sebagai seorang ‘public figure’ awak kena layan juga.

    Tanpa mereka, awak tidak akan kemana.

    Mengulas lanjut, Ceddy berkata dia tidak risau jika dilabel sombong kerana dia sendiri suka meluangkan masa berinteraksi dengan peminat.

    Tak pernah sebab sesiapa kalau jumpa saya, saya banyak berborak dengan mereka. Kalau peminat tegur atau jumpa saya dekat mana-mana, memang akan berborak lebih sampai jadi podcast.

    Kalau saya ‘rushing’ pun saya akan minta maaf tapi kalau nak ambil gambar okay saja. Kalau awak tengok muka saya, awak rasa sombong ke?

    Dalam perkembangan lain, Ceddy muncul dengan single kedua berjudul Asal Ada Kamu, yang mengangkat elemen retro dengan sentuhan istimewa daripada Bo Amir dan MimiFly.

    The post Ceddy Ang Kongsi Pandangan Isu Artis Sombong – ‘Artis, Peminat Kena Ada Empati, Saling Memahami’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah