30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Liza Hanim Terkilan Kejayaan Anak Jadi Juara Sekali Lagi Diperlekeh – ‘Jangan Tanya Siapa, Saya Masih Hormat Kepada Senior Itu’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Liza Hanim tampil bersuara apabila kejayaan anaknya yang juga penyanyi baharu, Marsya Qistina menjuarai program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama sekali lagi menjadi bahan perdebatan segelintir pihak.

    Artikel Berkaitan: Liza Hanim Tak Rindu Berlakon – ‘Macam Klise, Mesti Watak Jadi Mak Orang Atau Datin’

    Diperlekeh

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Liza, 46, meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang didakwa dibuat oleh seorang individu menerusi siaran langsung di media sosial.

    Ada yang sedang buat live sedang cakap begini “yang juara pun ada yang tak ke mana, biar saya juara di hati kalian sahaja”.

    Tidak mengapa, saya bersangka baik sahaja. Sebab ini lah saya tak gemar nak rapat. Di luar senyum, dalam hati terkeluar juga di live kebenarannya.

    Dalam satu lagi hantaran, pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu meminta orang ramai agar tidak bertanyakan siapakah individu yang dimaksudkan kerana masih menghormatinya sebagai senior industri.

    Mohon jangan tanya siapa orang itu ya. Saya masih ada hormat kepada senior saya itu.

    Terdahulu, Marsya pernah berdepan kritikan hampir sama apabila terdapat pihak yang mempertikaikan kemenangannya dalam program berkenaan, termasuk memperlekehkan potensi dan hala tuju kerjayanya.

    MENARIK:  Adira Suhaimi Bantah Dakwaan Sepakat Dengan Madu Angkat Kaki dan Tinggalkan Datuk Red

    Sumber: Instagram

    The post Liza Hanim Terkilan Kejayaan Anak Jadi Juara Sekali Lagi Diperlekeh – ‘Jangan Tanya Siapa, Saya Masih Hormat Kepada Senior Itu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah