30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selangor kaji bina loji penyahgaraman air laut untuk sumber air bersih

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji kebolehlaksanaan loji penyahgaraman air laut dalam memastikan kemampanan sumber air bersih di negeri itu, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Datuk Izham Hashim.

    Beliau berkata pembinaan infrastruktur terbabit mampu menambah kapasiti pengeluaran air bersih hingga kira-kira 300 juta liter sehari (JHL).

    Izham Hashim

    “… ada dua tempat yang telahpun dicadangkan namun kita akan buat keputusan yang muktamad dari segi teknikal, strategi dan kos iaitu kewajaran dari aspek bisnesnya itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan R Rajiv (PH-Bukit Gasing) yang ingin tahu kebolehlaksanaan infrastruktur berkenaan serta impak terhadap kos perkhidmatan dan tarif air jika ia diperkenalkan.

    Izham berkata margin rizab bekalan air semasa Selangor berada sekitar 17.4 peratus atau 1,130 JLH, manakala jumlah keupayaan pengeluaran air bersih daripada kesemua 34 Loji Rawatan Air (LRA) ialah pada 6,500 JLH dengan jumlah purata pemintaan air sebenar pada 5,370 JLH.

    MENARIK:  ULASAN | Rafizi jadikan Ramanan popular

    Beliau berkata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd turut menjangkakan keperluan peratusan kapasiti simpanan air tahunan meningkat kira-kira 20 peratus dalam masa lima tahun akan datang.

    “Rizab air Selangor dikategorikan sebagai tinggi menurut panduan margin rizab ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) iaitu melebihi 15 peratus,” katanya.

    “Empat LRA yang sedang dan akan dibina ialah LRA Rasau peringkat 1 dengan penghasilan 700 JLH dijangka siap awal 2027, LRA rasau peringkat 2 (700JLH) siap pada 2031, LRA Labohan Dagang fasa 2 (200 JLH) siap pada 2029 dan LRA Langat 2 fasa 2 (760 JLH) siap pada 2030,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah