29.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Houthi lancar peluru berpandu, dron – Kapal Arab Saudi diserang

    Shopee Sale

    Sebuah kapal tangki di Laut Merah terkena projektil yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kebakaran di atas kapal, menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada lewat Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Nakhoda kapal itu melaporkan kejadian berkenaan berlaku kira-kira 70 batu nautika atau hampir 130 kilometer di barat daya Al-Shuqaiq, Arab Saudi, menurut UKMTO.

    Anak kapal sedang berusaha memadamkan kebakaran itu, manakala tiada kemalangan jiwa atau kesan terhadap alam sekitar dilaporkan. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan.

    Pada waktu yang hampir sama, kumpulan Houthi di Yaman mendakwa menyerang dua kapal tangki minyak Arab Saudi yang melanggar "sekatan" yang diisytiharkannya di Laut Merah, menurut Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi.

    MENARIK:  Bekas jurutera mengaku salah cuba guna 359 keping wang palsu RM50

    Kumpulan itu memaklumkan bahawa peluru berpandu, peluru berpandu krus dan dron digunakan dalam serangan berkenaan. Kebakaran berlaku di kedua-dua kapal, manakala kira-kira 10 kapal lain terpaksa berpatah balik.

    Masih belum jelas sama ada kedua-dua laporan itu merujuk kepada kejadian yang sama.

    Houthi pada Isnin mengumumkan "sekatan" ke atas kapal Arab Saudi, kira-kira seminggu selepas tercetus konfrontasi baharu dengan negara jirannya itu, yang berkonflik dengan kumpulan berkenaan selama lebih sedekad.

    Jurucakap tentera Houthi Yahya Saree berkata larangan maritim terhadap perkapalan Arab Saudi kini berkuat kuasa, tanpa menyatakan perairan yang tertakluk kepada larangan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah