30.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ben Ladin Nafi ‘Upload’ Konten Cukur Rambut Untuk Tujuan Marketing – ‘Ini Bukan Perkara Main-Main’

    Shopee Sale

    Susulan tular video mencukur rambut sehingga menimbulkan kembimbangan ramai, penyanyi dan pelakon Ben Ladin menafikan perkongsiannya itu adalah atas tujuan mempromosikan kariernya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Hidap Kanser Tahap Tiga, Tapi Masalah Serius Berkaitan Rambut’ – Ben Ladin

    Bukan marketing 

    Ketika ditemu bual secara ekslusif bersama , Ben atau nama lengkapnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 25, berkata, dia sama sekali tidak akan berbuat demikian hanya untuk meraih perhatian ramai.

    Menurut Ben, bagaimanapun dia tidak dapat mengelak daripada tanggapan yang salah daripada segelintir pihak berikutan hantarannya itu.

    Saya takkan buat benda macam tu. Saya rasa mungkin peminat-peminat saya tahu saya tak akan guna marketing yang sebegini. Saya lebih rela buat challenge atau sebagainya.

    Tapi saya faham mungkin segelintir netizen nampak ini adalah marketing nak keluar lagu, kemudian nanti saya akan padam posting ini. 

    Sebenarnya tidak, sebab benda (penyakit) ini adalah perkara yang serius.

    Ben berkata demikian ketika ditemui di Aglow Hair Clinic, Mid Valley pada Rabu.

    Berhubung spekulasi berkenaan kanser, pelantun lagu Hikayat Benladin itu menegaskan bahawa dia sebelum ini tidak menyatakan sebarang penyakit yang dialami kerana belum menerima laporan kesihatan sepenuhnya.

    MENARIK:  Ira Kazar Jadi ‘Penasihat’ Kecantikan, Kongsi Tips Miliki Kulit Mulus & Bersih – ‘Saya Pernah Breakout Dua Kali’

    Namun, Ben maklumkan akan mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan masalah kesihatan yang dihadapi ketika ini.

    Semestinya orang mungkin boleh buat spekulasi macam-macam. Sebab tu dekat posting saya, saya tak ada tulis pun saya ada kanser. 

    Sebelum ini saya ada berjumpa dengan beberapa orang doktor, cuma terdapat beberapa masalah kesihatan yang menyebabkan mereka tidak dapat mendiagnosis keadaan sebenar saya.

    Jadi saya tak boleh nak beritahu semua tentang masalah tersebut sebab ini bukan perkara main-main.

    Saya pun perlu menghormati orang yang sedang menghidap penyakit (kanser) itu juga.

    Hari ini saya sudah mendapat 40 ke 50 peratus keputusan laporan kesihatan saya. Saya agak lega sedikit, tetapi saya perlu berjaga-jaga dan buat rawatan lanjut kerana keadaan agak mmebimbangkan.

    Terdahulu, dalam temu bual sama, Ben menafikan dakwaan dia menghidap kanser tahap tiga, sebaliknya mempunyai masalah serius berkaitan rambut.

    The post [VIDEO] Ben Ladin Nafi ‘Upload’ Konten Cukur Rambut Untuk Tujuan Marketing – ‘Ini Bukan Perkara Main-Main’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah