30.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi sindir kabinet Anwar: Depan senyum, belakang tikam

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli meragui para menteri masih dapat menjalankan amanah dengan ikhlas ketika pertelagahan politik antara PH dan BN semakin memuncak.

    Rafizi yang kini memimpin parti Bersama berkata tumpuan anggota pentadbiran kini lebih terarah kepada percaturan dan serangan politik berbanding tanggungjawab yang diikrarkan ketika mengangkat sumpah jawatan.

    “Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

    Bagaimanapun, bekas menteri ekonomi itu turut berkata orang ramai “tidak boleh mengeluh sangat” kerana budaya “perkahwinan” politik demi mendapatkan kuasa sudah sekian lama menjadi amalan.

    "Kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini.

    "Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu. Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi. Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus.

    "Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa.

    "Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini,” katanya dipercayai merujuk kepada situasi politik semasa.

    Kenyataan Rafizi hadir ketika ketegangan antara PH dan BN semakin ketara susulan kerjasama gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Negeri Sembilan.

    Namun, perselisihan berkenaan seakan-akan diketepikan apabila para menteri berkumpul bagi menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Loga Bala menang tanpa bertanding jawatan presiden MyPPP

    Gambar yang dimuat naik Perdana Menteri Anwar Ibrahim di media sosial menunjukkan anggota Jemaah Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, tersenyum dan berada dalam suasana ceria sebelum mesyuarat bermula.

    Anwar turut mengungkapkan pantun yang membawa mesej bahawa perbezaan langkah tidak seharusnya menyebabkan persahabatan terputus selagi mereka masih sehaluan dalam kerjasama.

    Senyuman anggota kabinet dipamerkan meskipun ramai pemimpin BN menyatakan kerjasama gabungan itu dengan PN pada PRN Negeri Sembilan akan menjadi kayu ukur pertimbangan muafakat pada pilihan raya umum (PRU16) akan datang.

    Langkah kerjasama BN-PN pada RU16 boleh menjadi halangan besar kepada usaha Anwar untuk meneruskan penggal kedua sebagai perdana menteri.

    Pada 19 Julai lalu, Pemuda PH mendesak menteri BN meletakkan jawatan susulan kerjasama gabungan itu dengan PN.

    Zahid dan beberapa pemimpin BN pula menyerahkan kepada Anwar untuk memecat atau mengarahkan mereka meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi mahu mereka berada dalam kabinet.

    Anwar sebelum ini mengeluarkan amaran umum kepada semua menteri supaya berundur sekiranya mahu menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan.

    Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula memberi bayangan BN akan meniru formula kerjasama dengan PN, khususnya PAS yang sedang diuji di Negeri Sembilan ke Selangor.

    Katanya, jika keputusan PRN 1 Ogos ini menunjukkan undi Melayu tidak berpecah, formula itu mampu memberi kelebihan kepada BN untuk merampas Selangor daripada PH.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah