30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan antirasuah: Pemimpin Umno pertahan Mat Sabu, bidas Hanipa

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin Umno membidas bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri (Undang-Undang), Hanipa Maidin yang mendesak Mohamad Sabu meletakkan jawatan sebagai menteri jika kerajaan menghalang himpunan antirasuah 25 Januari ini.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata desakan supaya Mohamad Sabu meletakkan jawatan sebagai menteri adalah taktik lama.

    "Saya yakin Hanipa tidak akan letak jawatan jika perhimpunan anti rasuah diteruskan masa dia jadi timbalan menteri yang jaga undang-undang dulu.

    "Maka desakan dia supaya Mad Sabu letak jawatan menteri tidak relevan. Itu cara politik lama bila kamu sudah tidak lagi berjawatan. Patut Hanipa cabar pihak penganjur buatlah demo di Padang Merbuk, (Kuala Lumpur). Tiada siapa yang melarang.

    "Kenapa mesti buat di hadapan Sogo dan Dataran Merdeka? Kamu kenalah minta kebenaran Sogo dan DBKL. Itu isu dasar yang kamu bekas timbalan menteri undang-undang amat maklum," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Semalam, Hanipa meminta Presiden Amanah itu berundur sebagai menteri sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan antirasuah pada 25 Januari ini.

    MENARIK:  Hamzah seru Orang Asli pecah undi di Nenggiri

    Menurut Hanipa, dia telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai peguam mewakili Mohamad yang pernah terlibat dalam siri-siri perhimpunan aman sebelum ini.

    Justeru katanya adalah wajar bagi Mohamad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sekiranya perhimpunan anjuran Bersih dan Suaram itu dihalang.

    "Saya menghabiskan sebahagian besar hidup saya sebagai peguam bela mewakilinya, terutamanya dalam kes yang melibatkan hak untuk berhimpun secara aman.

    "Kadang-kadang, saya sendiri ditangkap kerana mempertahankan haknya," katanya kepada Malaysiakini.

    Mengulas lanjut, Mohd Puad mengingatkan Hanipa supaya tidak mengungkit pengorbanannya sebelum ini membela mereka yang ditahan kerana terbabit dengan himpunan.

    Mohd Puad berharap agar Hanipa meneruskan tindakan itu untuk membela nasib mereka yang terbabit himpunan selepas ini.

    "Tidak perlu ungkit kamu turun naik mahkamah kerana membela Mad Sabu kerana sering buat demonstrasi haram dulu.

    "Pokoknya kamu teruslah membela mereka yang menganjur perhimpunan di lokasi yang dilarang bila kena dakwa nanti," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah