27 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hilangkan salah faham terhadap Islam – PM

    Shopee Sale

    Sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar berkata zaman pasca penjajahan barat, masih mengekalkan ajaran lama mereka dan maka oleh yang demikian salah faham, maklumat yang salah dan penolakan kepada yang lain, yang kemudiannya diistilahkan sebagai Islamofobia.

    “Bagaimana anda bertahan dan hidup dalam masyarakat berbilang kaum, berbilang agama di Malaysia dan mengelak membincangkan agama, budaya, tamadun lain… Dan kemudian menuntut supaya barat memahami kita.

    “Jadi saya fikir sesi libat urus diperlukan untuk membolehkan orang lain memahami kita, dan untuk kita memahami mereka,” katanya ketika berucap pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) ke-7, Berdiri Bersama : Umat Islam dan Kemanusiaan Sejagat, di Ipoh hari ini.

    Perasmian persidangan itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

    Sementara itu Perdana Menteri menggesa umat Islam memahami konsep ladzatul ma’rifah  yang membawa maksud perkongsian ilmu, pembelajaran dan keilmuan.

    “Anda mahu mendapatkan yang terbaik untuk memahami dan menghayati, sebagaimana kita telah memahami perintah al-Quran, menggunakan istilah yang sangat relevan dan terminologi berkaitan, bukan sahaja toleransi, tetapi lita'arafu. Iaitu belajar dari satu sama lain, memahami satu sama lain, menerima perbezaan.

    MENARIK:  MAIPk sedia bantu pelajar di Mesir bawa pulang 200 kitab turath

    “Pandangan saya ialah kita mesti mempunyai keberanian dan keyakinan untuk meneruskan wacana, semangat ladzatul ma’rifah, untuk memahami, menghayati dan menyedari bahawa ini keperluan untuk mencapai bukan sahaja keamanan dan kemakmuran malah kelestarian melalui wacana pemikiran,” kata beliau.

    WCIT merupakan satu program anjuran Negeri Perak dan dianjurkan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sejak 2012, disertai peserta dari lebih 21 negara.

    Persidangan tiga hari yang bermula hari ini, bertujuan menyediakan platform dan saluran untuk pemimpin serantau dan antarabangsa, cendekiawan, intelektual, profesional serta orang ramai menyuarakan pandangan mereka dalam pertukaran idea yang dinamik bagi menangani masalah kontemporari sebenar yang mempengaruhi dunia masa kini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah