Pihak berkuasa Britain melarang penggunaan cermin mata Meta yang dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI) dan rakaman video di mahkamah di England dan Wales, menurut Perkhidmatan Mahkamah dan Tribunal Diraja (HMCTS), lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Terdapat sekatan jelas terhadap merakam foto atau video di dalam mahkamah dan tribunal, justeru penggunaan cermin mata Meta adalah dilarang,” kata seorang pegawai HMCTS seperti dipetik akhbar The Guardian pada Selasa.

Menurut seorang pegawai yang enggan dikenali, pengguna yang membawa cermin mata Meta ke mahkamah atau tribunal akan diminta menyerahkan perananti itu ketika memasuki premis dan ia akan dipulangkan semula apabila mereka meninggalkan bangunan.





