30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersatu hantar aduan rasmi susulan isu kedudukan dalam PN

    Shopee Sale

    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada 16 Julai lepas serta isu berkaitan kedudukan keanggotaannya dalam gabungan berkenaan.

    JPPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penelitian terhadap aduan itu yang diterima hari ini, sedang dilaksanakan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, perlembagaan pertubuhan yang diluluskan serta rekod rasmi jabatan.

    "Bagi memastikan penelitian dibuat secara menyeluruh dan berlandaskan undang-undang, semua maklumat, dokumen serta penjelasan yang dikemukakan oleh pihak-pihak berkaitan akan diteliti.

    MENARIK:  Ahli parlimen gesa PM selamatkan Pannir dari tali gantung S'pura

    "Penelitian terhadap perkara yang dibangkitkan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," menurut RoS dalam kenyataan, hari ini.

    Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, RoS memaklumkan pihaknya akan terus bertindak secara profesional dan tanpa memihak kepada mana-mana pihak serta tidak mempunyai kepentingan terhadap mana-mana pertubuhan atau parti politik.

    RoS dalam pada itu, menegaskan bahawa setiap pertubuhan berdaftar wajib mematuhi Akta Pertubuhan 1966, peraturan-peraturan berkaitan serta perlembagaan pertubuhan masing-masing.

    Terdahulu, media melaporkan Bersatu bercadang mengemukakan laporan kepada RoS berhubung dakwaan keanggotaannya dalam PN gugur secara automatik susulan hasrat parti itu membentuk gabungan politik baharu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah