29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga lantai baru untuk belian padi diumum minggu depan

    Shopee Sale

    Kerajaan dijangka mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi pada minggu depan berserta subsidi tambahan bagi mengimbangi kesan kepada pengguna terutamanya melibatkan harga beras.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu akan membentangkan kertas menteri bagi menjelaskan dan mengumumkan kenaikan harga lantai berkenaan.

    “Kenaikan harga lantai ini akan menyebabkan kenaikan harga beras bagi pengguna.

    "Jadi bagaimana kita nak imbangi ini, naik harga (belian padi) bagi pesawah akan naik harga (beras) bagi pengguna, kita tidak mahu naik bagi pengguna.

    “Jadi setakat ini saya bincang dengan Kementerian Kewangan supaya kerajaan akan menampung subsidi supaya harga pasaran beras tempatan bagi pengguna tidak dinaikkan, maknanya kerajaan akan tampung lagi (subsidi) sekitar RM150 juta untuk enam bulan.

    "Itu akan dimuktamadkan dalam masa singkat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    Anwar menjawab soalan tambahan Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang membangkitkan gesaaan golongan pesawah untuk menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,800 setan metrik.

    Pada 2023, kerajaan menaikkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 setiap tan metrik menjadi RM1,300 mulai 2014.

    MENARIK:  Kesatuan kakitangan UPM sokong lantikan anak Zahid

    Bagaimanapun Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) baru-baru ini mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu untuk menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per metrik tan kepada RM1,800 per metrik tan.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dia faham isu tersebut dan sudah meneliti memorandum berkaitan yang diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO), selain berbincang bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

    Bagaimanapun perdana menteri menempelak pembangkang yang dilihat cuba menafikan usaha kerajaan untuk membantu golongan pesawah dalam menaikkan harga lantai belian padi, sedangkan mereka sendiri tidak berbuat apa-apa ketika mentadbir negara sebelum ini.

    “Jangan nafikan, ini kenyataan. Kamu bising-bising, riuh-rendah sekampung angkut orang dengan bas tapi semasa kamu perintah kamu tak naik (harga lantai belian padi), kami yang naikkan.

    “Kita tidak boleh bicara satu pihak bagi nak pertahankan pengguna memangsakan pesawah atau naikkan pesawah memangsakan pengguna kerana pengguna miskin B40 pun ramai,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah