31.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uyaina Arshad Akui Fasa Selepas Bersalin Bukan Mudah, Perlu Sokongan Orang Sekeliling

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi tentang realiti sebenar setiap wanita yang melalui fasa selepas bersalin.

    Artikel Berkaitan: ‘Awak Buat Jahat Dekat Orang, Yang Jahat Juga Awak Akan Dapat’ – Uyaina Arshad

    Artikel Berkaitan: ‘Melahirkan Ikut Tingkap Memang Dipandang Rendah Ke?’ – Uyaina Arshad Kecewa Persepsi Negatif Bersalin Czer

    Pendapat Uyaina

    Menerusi hantaran di Threads, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, mengakui fasa selepas bersalin merupakan antara fasa yang sangat mencabar dan bukan mudah untuk melaluinya bagi seorang wanita.

    Apa yang orang lihat adalah kita sudah selamat bersalin. Anak dan ibu sihat, Alhamdulillah. Jadi ramai yang menyangka, bahagian yang paling sukar sudah pun berakhir.

    Tetapi kadang kala, yang paling sukar bermula selepas kita pulang ke rumah.

    Badan masih dalam proses pemulihan, hormon tak stabil. Tidur tak cukup, badan sakit, emosi naik dan turun.

    Dalam masa yang sama, ada seorang manusia kecil yang bergantung 100% pada kita.

    Menurut Uyaina, setiap pengalaman selepas bersalin yang dilalui telah mengajarnya tentang perkara yang sama, iaitu seorang ibu juga memerlukan perhatian, sokongan dan penjagaan daripada orang sekeliling.

    Uyaina juga bersyukur kerana didampingi insan-insan yang prihatin dan memahami keadaannya.

    A mother needs to be mothered too. Dan bagaimana kita dilayan sewaktu mengandung, semasa melahirkan dan selepas bersalin, benda ni kita akan ingat sampai mati.

    Salah satu sebab terbesar saya berjaya melalui fasa selepas bersalin ialah kerana saya mempunyai sistem sokongan yang kuat.

    Orang yang membantu menjaga anak-anak. Orang yang bertanya khabar tentang keadaan saya. Orang yang membenarkan saya berehat.

    Orang yang membantu apabila saya sudah terlalu penat. Orang yang mengingatkan saya bahawa saya tidak perlu melakukan semuanya seorang diri.

    Sebab sememangnya, untuk membesarkan seorang anak, kita memerlukan sokongan daripada ramai pihak.

    Bukan hanya untuk membesarkan seorang anak. Tetapi juga untuk menjaga ibu yang sedang membesarkan anak itu.

    Justeru, Uyaina menegaskan bahawa bantuan-bantuan kecil yang dihulurkan mereka mampu meringankan beban seorang wanita yang baharu sahaja melhirkan anak.

    Kadang-kadang, bantuan yang paling besar bukanlah sesuatu yang rumit pun.

    Pegang bayi sekejap supaya ibu boleh mandi. Jaga anak-anak yang lain supaya ibu boleh berehat.

    Masakan makanan. Bantu menguruskan hal-hal rumah. Perkara-perkara kecil, tetapi ia sangat bermakna.

    Jadi, kalau ada wanita dalam hidup awak yang baru sahaja melahirkan. Tolong tanyakan khabar dia juga. Semua orang akan bertanya tentang anak, tanyalah juga tentang ibunya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Tak Mandi Pagi Antara 4 Kriteria Individu Mekyun ‘Pangkah’

    The post Uyaina Arshad Akui Fasa Selepas Bersalin Bukan Mudah, Perlu Sokongan Orang Sekeliling first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah