Pelakon dan usahawan Intan Najuwa memaklumkan bahawa dirinya telah selamat melahirkan zuriat keduanya.
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Luangkan Masa Di Rumah, Tak Mampu Uruskan Hal Kerja & Keluarga Serentak’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Check Up Baby, Lunara Akan Dengar Degupan Jantung Adik.. Dia Pun Suka Pegang Perut Saya’ – Intan Najuwa
Timang anak kedua
View this post on Instagram
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, memuat naik foto bersama suami di sisi serta bayi mereka ketika sedang berada di hospital.
Pada hantaran yang sama, Intan menulis kapsyen ringkas mengenai insan baharu yang hadir dalam hidupnya itu.
Selain itu, Intan juga berkongsi nama anak perempuan keduanya yang diberi nama Imane Laudya.
Selamat datang ke dunia, puteri kecil kedua kami yang sangat berharga, Imane Laudya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.
Sumber: Instagram
The post Intan Najuwa Timang Anak Kedua – ‘Selamat Datang Ke Dunia, Imane Laudya’ first appeared on OHBULAN!.





