29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dahlia Rizal Perjelas Dakwaan Ditinggalkan Imran Aqil Ketika Berpantang, Mohon Isu Tak Dipanjangkan – ‘Ada Yang DM Minta Saya Bercerai’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial Dahlia Rizal, tampil memberikan respon berhubung isu suaminya, Imran Aqil yang didakwa meninggalkannya semasa tempoh berpantang.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Akui Daki Gunung Semasa Isteri Berpantang, Dedah Emosi Dahlia Rizal Tak Stabil – ‘Dia Rasa Meroyan Sampai..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Didiagnos Sakit Kulit Rosacea, Kurangkan Aktiviti Sukan & Terdedah Cuaca Panas – ‘Penyakit Ini Tiada Ubat’

    Penjelasan Dahlia

    Menerusi hantaran di Threads, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, mengakui bahawa dirinya mengalami PPD (Post Partum Depression) dan Imran berangkat ke Nepal selepas tiga bulan dia melahirkan cahaya mata sulung.

    Namun, Dahlia memaklumkan keadaan dirinya teruk adalah ketika bulan pertama mengalami masalah tersebut.

    PPD saya teruk ketika bulan pertama sampai saya merasakan seolah-olah bukan diri saya lagi.

    Macam nak campak anak tapi Alhamdulillah, ketika itu saya ada Imran dan ibu bapa saya. Saya bersyukur tidak mengalaminya seorang diri.

    Ketika Imran ke Nepal, Yusra sudah pun berusia tiga bulan. Saya pun sudah mula rasa lebih baik dan adik beradik saya ada bersama, saya juga ada sokongan di sekeliling saya.

    Bagaimanapun, perkara itu sudah pun dikongsikan di dalam podcast tersebut, tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa tentang pendapat mereka mengenai kenyataan Imran.

    Selain itu, Dahlia juga mengakui Imran tidak sepatutnya berkongsi tentang hal peribadi mereka kepada umum. Namun, menafikan bahawa Imran seorang suami yang tidak mempunyai empati terhadap dirinya.

    Dahlia juga memaklumkan dia di dalam keadaan yang baik ketika ini dan telah sembuh daripada masalah yang dihadapinya.

    Imran bapa & suami yang baik

    Dalam pada itu, Dahlia menyifatkan Imran sebagai suami dan bapa terbaik meskipun mereka pernah lalui fasa sukar dalam rumah tangga.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Tak Sokong Para Suami Bagi Alasan ‘No Money’ Nak Elak Bagi Isteri Duit Raya – ‘Bukan Amaun Banyak Sampai Jadi Miskin’

    Sementara itu, Dahlia menghargai keprihatinan orang ramai terhadap dirinya selepas isu berkenaan tetapi dia berharap agar mereka turut melihat peranan Imran yang banyak membantunya menjalani fasa sukar itu.

    Kalau anda menonton podcast penuh, anda akan faham yang dia tahu apa yang dia lakukan itu bukan perkara yang betul dan dia menyesal serta tidak akan mengulanginya lagi.

    Saya tahu ramai yang mengambil berat tentang ini kerana PPD adalah satu topik yang sangat sensitif dan serius. Saya faham ada segelintir orang terkesan dengan klip dari podcast itu.

    Tetapi ketahuilah bahawa Imran pun banyak membantu saya sepanjang tempoh tersebut.

    Bagaimanapun, Dahlia meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa terdapat segelintir individu membuat pelbagai andaian mengenai rumah tangganya sehingga ada yang menyuruh mereka bercerai.

    Dahlia juga berkata, dia dan suami akan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

    Di akhir hantarannya, Dahlia berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi selepas penjelasan itu.

    Terdahulu, menerusi sebuah podcast, Imran mengakui tidak berada di samping isteri ketika dalam tempoh berpantang kerana berada di Nepal bagi menyertai aktiviti pendakian gunung selama 10 hari.

    Menurutnya, Dahlia berdepan masalah meroyan selepas melahirkan anak sulung mereka sehingga pernah terlintas untuk mencampakkan bayi tersebut.

    Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mengecam tindakan Imran.

    Sumber: Threads

    The post Dahlia Rizal Perjelas Dakwaan Ditinggalkan Imran Aqil Ketika Berpantang, Mohon Isu Tak Dipanjangkan – ‘Ada Yang DM Minta Saya Bercerai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah