Impian untuk menimang cahaya mata bukanlah mudah buat usahawan, Madammu. Namun, di sebalik usaha itu, ada perkara yang membuatkannya terus mencuba, iaitu harapan anak tirinya, Ahmadi, yang menginginkan seorang adik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Dedah Asbab Bertudung, Nekad Jaga Air Muka Anak Lelaki – ‘Bila Dia Masuk Sekolah Agama, Saya Rasa Kesian’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM
Sayang pada anak
Menerusi perkongsian bersama Pa & Ma, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid, berkata, Ahmadi sangat teruja untuk memiliki seorang adik, malah menggelarkan dirinya sebagai ‘abang’ sebelum dia menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF) lagi.
Yang selalu teruja, Ahmadhi. Dia ada satu perasaan di mana, belum ada bayi (proses IVF) lagi tapi dia sudah gelarkan diri dia abang sebab dia nak ada adik.
Tidak mampu menahan sebak, Madammu berkata, Ahmadi sering menangis dan meminta maaf kerana merasakan keinginan untuk mempunyai adik telah menyebabkan ibunya terpaksa melalui pelbagai prosedur perubatan.
Justeru itu, Madammu nekad untuk meneruskan perjuangan mendapatkan zuriat meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Saya masih ingat, ketika berada di hospital untuk buat pembedahan kedua, Ahmadi selalu minta maaf.
Dia minta maaf sebab dia minta baby, tapi saya sakit.
Suami saya bukan seorang yang suka tunjuk emosi, tapi Ahmadi pula selalu minta maaf dan menangis.
‘Saya nak adik tapi mummy kena lalui semua proses ini.’ Kadang-kadang dia tengok saya berdarah.
Sedih sangat saya rasa. Jadi, saya memang kena hamil. Bukan untuk ayah mereka tapi untuk Ahmadi.
Sumber: TikTok Pa & Ma
The post [VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’ first appeared on OHBULAN!.





