25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamas, ketua perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza

    Shopee Sale

    GLOBAL | Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

    Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Kamel untuk membincangkan “perkembangan terbaru mengenai rundingan bagi mencapai gencatan senjata,” menurut kenyataan Hamas.

    Ketua perisikan Mesir itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada Haniyeh atas kematian kakaknya dan beberapa anggota keluarga dalam serangan udara Israel di kem pelarian Al-Shati di barat Gaza City minggu lalu.

    Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas dengan Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir bertindak sebagai peranantara setakat ini gagal mencapai persetujuan yang membolehkan pertukaran tawanan antara kedua-dua pihak.

    MENARIK:  Warga Thailand mengaku tak bersalah seleweng diesel

    Lebih 37,800 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 86,800 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah