29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Had pengeluaran KWSP untuk haji dinaikkan kepada RM10,000

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan menunaikan ibadah haji kepada RM10,000, berbanding had semasa RM3,000.

    Langkah itu diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima itu.

    “Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM 10 ribu ketimbang RM3,000,” kata Anwar yang juga menteri kewangan.

    Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan ibadat haji dalam masa terdekat, khususnya mereka yang menghadapi kekangan kewangan.

    Bagi penjawat awam, kemudahan pemberian awal award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) turut diperluas khusus untuk tujuan ibadah haji.

    MENARIK:  'Adakah tuntut negara bersih dari rasuah dianggap kesalahan?'

    Menurut Anwar, kemudahan ini dihadkan kepada penebusan sebanyak RM10,000 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

    “Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan Haji, terhad kepada penebusan 10 ribu ringgit dengan peruntukan 10 juta ringgit,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah