28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Guru rugi lebih RM230,000 diperdaya ‘polis’, ‘pegawai BNM’

    Shopee Sale

    Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM230,447 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang mendakwanya terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

    Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata mangsa berusia 40 tahun itu, pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada beberapa pihak yang menyamar sebagai polis, pendakwa raya dan Bank Negara Malaysia.

    Dia berkata suspek mendakwa wanita itu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan mempunyai 23 akaun bank berdaftar atas namanya, sebelum diarahkan membuka akaun baharu di sebuah bank serta membuat pinjaman.

    MENARIK:  Undang-undang baru Australia paksa bank bayar ganti rugi pada mangsa scam

    “Seterusnya, mangsa turut diminta memasukkan wang simpanan dan pinjaman serta hasil gadaian barang kemas ke dalam akaun tersebut dengan alasan kononnya untuk menangguhkan waran tangkap dan mengelakkan pembekuan aset miliknya,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Bagaimanapun, mangsa mula menyedari diperdaya setelah mendapati pengurangan wang dalam bank miliknya dengan transaksi ke akaun tidak pasti.

    Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah