31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GSF: 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA malam ini

    Shopee Sale

    Kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan tiba di tanah air malam ini.

    Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 9.45 malam.

    “Alhamdulillah dengan izin Allah, SNCC memanjangkan makluman dan jemputan untuk semua penyokong serta rakan media ke Majlis Sambutan kepulangan wira Sumud Nusantara Malaysia,” katanya dalam makluman di WhatsApp malam tadi.

    Pada Khamis lepas, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah di Laut Mediterranean sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

    Kesemua mereka dilapor dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada 6.45 petang waktu Malaysia semalam, sebelum tiba di Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia.

    MENARIK:  Remaja bawah umur tak boleh dipaksa jalani ujian paterniti DNA - Mahkamah

    Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma).

    Turut ditahan Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius), Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, dan Norazman Ishak (kapal Estrella).

    Selain itu Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah