Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
“Seperti yang telah diselaraskan oleh pihak-pihak dalam perjanjian dan para peranantara, gencatan senjata di Gaza akan bermula pada 8.30 pagi Ahad, 19 Jan waktu tempatan di Gaza,” menurut Jurucakap Kementerian Majed Al-Ansari menerusi hantaran di platform X.
Beliau turut menasihatkan penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati dan menunggu arahan daripada sumber rasmi.
Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa pada Rabu sebagai usaha menamatkan lebih 15 bulan serangan maut Israel di Gaza, dengan gencatan senjata dijadualkan bermula pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sejak 7 Oktober 2023, hampir 46,900 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 110,600 lagi cedera akibat peranang.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah peranang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.





