Usahawan El Azman, meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir individu didakwa kurang senang dengan cara dia menjaga anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Bagi Anak-Anak Pada Saya Untuk Beraya Di Kelantan’ – El Azman
Jangan bandingkan

Menerusi hantaran di Threads, El atau nama lengkapnya, Mohd Hilmi Che Azman, 38, berkongsi mengenai mesej yang diterimanya di media sosial yang membandingkan cara dia dan bekas isteri membesarkan anak-anak mereka.
Tak faham kenapa masih ada yang perlu DM dan bandingkan cara saya dengan bekas isteri jaga anak-anak.
Bila saya bawa anak-anak pergi bercuti, itu cuma cara saya luangkan masa dan cipta kenangan dengan mereka.
El juga menegaskan, dia dan bekas isteri mempunyai cara tersendiri untuk mendidik dan meluangkan masa anak-anak mereka.
Justeru, El memohon agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dan bekas isteri kerana fokus utama mereka adalah untuk memberikan kasih sayang serta perhatian secukupnya kepada anak-anak.
Tak perlu bandingkan siapa lebih baik, sebab masing-masing ada cara sendiri dalam membesarkan anak.
Yang penting anak-anak gembira, cukup kasih sayang dan tahu kedua-dua ibu bapa sentiasa ada untuk mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati El supaya tidak mengendahkan pandangan atau kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Untuk rekod, El dan Nur Amirah mendirikan rumah tangga pada 2014 namun ikatan itu berakhir dengan perceraian pada tahun 2021.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Sumber: Threads
The post ‘Kenapa Ada Yang DM Bandingkan Cara Saya & Bekas Isteri Jaga Anak?’ – El Azman first appeared on OHBULAN!.





