25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

    Kementerian itu memaklumkan kapal terbabit kemudian akan menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tempoh dua tahun.

    "Bagi kapal LCS kedua pula, ia akan turun ke permukaan air sebelum menjalani HAT dan SAT pada pertengahan 2025," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen.

    Ia bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai peranancangan kerajaan dalam menyegerakan pembinaan kapal LCS bagi menghadapi ancaman pihak luar terhadap kawasan zon ekonomi dan kepulauan milik Malaysia di perairan Laut China Selatan yang semakin meningkat.

    MENARIK:  Gaji minimum naik ke RM1,700 sebulan

    Kementerian Pertahanan memaklumkan perolehan kapal LCS pada masa ini masih dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan di dalam kontrak.

    Status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada 25 Ogos lepas adalah sebanyak 69.58 peratus, melebihi jadual yang dirancangkan iaitu 69.5 peratus.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah