24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ekonomi sebenar paling penting, kita di landasan baik – Amir Hamzah

    Shopee Sale

    Kejatuhan ketara pasaran saham Malaysia dan global ketika ini adalah bersifat sementara sebaliknya ekonomi negara berada di landasan yang baik, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

    “Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia memang kuat.

    “Kita di landasan baik dan insya-Allah (ekonomi) kita akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan KWAP Inspire 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

    Amir Hamzah Azizan

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kejatuhan saham yang ketara sejak minggu lalu.

    Amir Hamzah berkata, kejatuhan tersebut turut berlaku merentasi pasaran-pasaran lain di seluruh dunia.

    "Ada beberapa peristiwa yang berlaku termasuk unjuran daripada Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan kadar pengangguran meninggi sikit dan menyebabkan tahap keyakinan telah menurun.

    "Jadi ada jangkaan AS akan memotong kadar faedah. Kita juga nampak kadang-kadang pelabur mengambil 'trading position' (kedudukan perdagangan) dan 'resettle trading position', jadi pasaran turun kerana 'resettlement' yang berlaku.

    MENARIK:  Pastikan kes Zara tak berakhir NFA macam Beng Hock - peguam

    “Dan kita nampak hari ini Bursa Malaysia sudah kembali naik," katanya.

    Bagaimanapun, katanya keadaan ini hanya bersifat jangka pendek.

    "Kalau jangka pendek ini kadang-kadang akan berlaku kerana pembetulan besar pasaran," katanya.

    Jumaat lalu, dan awal minggu ini, pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar akibat kebimbangan bahawa AS mungkin menuju ke arah kemelesetan yang mencetuskan penghindaran risiko besar-besaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah