Drama arahan Bila Cinta Menjadi Dosa iaitu Shuhaimi Lua mengangkat kisah penyondol yang wujud dalam masyarakat kerana sifatnya yang dekat dengan realiti kehidupan.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi ‘Throwback’ Pengalaman Disondol, Titip Pesanan Untuk Tuntut Hak Dari Awal – ‘Mereka Hidup Aman Bahagia Walaupun Saya…’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Melihat Diri Sebagai Penyondol, Dia Ada Cubaan Untuk B*n*h Diri’ – Sarah Yasmine Perjelas Niat Sebenar
Kisah penyondol

Menurut pengarah drama Bila Cinta Menjadi Dosa, Shuhaimi mengambil kesempatan dengan mengangkat kisah penyondol yang cuba diketengahkan mengenai realiti hubungan yang tidak mempunyai hala tuju.
Dalam pada itu, Shuhaimi turut menekankan bahawa Sarimah Ibrahim merupakan figura yang sesuai untuk membawa watak penyondol berkelas.
Selain itu, Shuhaimi meluahkan rasa berpuas hati terhadap penyampaian watak yang dibawa pelakon berusia 48 tahun itu susulan sambutan hangat yang diterima daripada penonton.
Kalau seorang lelaki benar-benar menyukai seseorang wanita, dia akan mengahwininya. Tapi kalau sekadar simpan tanpa arah tuju, apa maksudnya?
Itu yang kita nak penonton fikirkan. Setiap tindakan ada kesannya, ada ‘karma’.
Saya memang tak nampak orang lain selain Sarimah Ibrahim. Pada saya, hanya dia yang mampu membawa watak penyondol berkelas ini dengan tepat.
Memang bukan mudah untuk dapatkan dia, tapi bila lihat hasil dan sambutan, saya rasa sangat berbaloi. Mungkin kalau orang lain bawakan watak ini tidak menjadi seperti yang saya harapkan.
Mengulas lanjut drama bersiri yang mengangkat kisah penyondol, Shuhaimi yakin dengan keputusannya susulan isu tersebut yang sering mendapat perhatian netizen apabila tular di platform media sosial.
Cerita penyondol ini bukan benda baharu. Dari dulu memang sudah ada, cuma cara kita gambarkan watak itu berbeza. Sekarang orang nampak kisah penyondol tengah ‘in’ sebab hangat diperkatakan terutama di sosial media.
Bila cerita itu dekat dengan penonton, ia akan mudah mendapat sambutan sebab mereka boleh relate dengan apa yang berlaku di sekeliling.
Katanya, kekuatan barisan pelakon lain seperti Zamarul Hisham, Maria Farida, Jasmin Hamid, Alya Iman, Nelissa Nizam, Zairi Aziz, Siti Elizad dan Marc Syahmie antara faktor utama kejayaan naskhah tersebut.
Episod akhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa akan menemui penonton pada 9 Mei ini (Sabtu) di slot Lestary, TV3.
The post Shuhaimi Lua Puas Hati Pilih Sarimah Ibrahim – ‘Hanya Dia Yang Mampu Bawa Watak Penyondol Berkelas’ first appeared on OHBULAN!.





