29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ejen pemecah belah dalam PKR mahu cetuskan perang saudara’

    Shopee Sale

    Seorang pemimpin Pemuda PKR Sabah menyelar Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman kerana menggesa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, memberi laluan kepada Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan tersebut.

    Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Sabah, Fekirie Gobet, menyifatkan Syed Badli sebagai ‘ejen pemecah belah’ yang cuba menjadikan pengundian parti itu kali ini sebagai ‘peranang saudara’.

    "Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim sendiri telah beberapa kali memaklumkan agar Rafizi diberikan laluan mudah pada pengundian kali ini.

    "Dalam erti kata lain, Presiden mahu supaya Saifuddin berlapang dada dan tidak bertanding bagi jawatan tersebut.

    “Namun sudah tentu perkara ini tidak disenangi ejen pemecah belah dalam parti yang mahu menjadikan pengundian kali ini sebagai peperanangan saudara 'civil war'," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu Syed Badli hari ini dilaporkan mencadangkan agar Rafizi memberi laluan kepada Saifuddin sebagai timbalan presiden PKR dalam pengundian parti itu kali ini.

    “Sebagai pemimpin senior yang sangat berpengalaman mengharungi jatuh bangun parti, saya yakin sudah sampai masa dia diberi laluan mudah untuk membantu presiden Anwar Ibrahim mengemudi PKR sebagai orang nombor dua.

    “Saya yakin kompromi antara dua tokoh hebat ini akan melonjakkan sokongan rakyat dan keyakinan terhadap PKR seterusnya mengekalkan kestabilan politik dalaman parti,” kata Syed Badli Shah dalam kenyataan hari ini.

    Selain Syed Badli, beberapa individu lain turut menyatakan sokongan kepada Saifuddin bagi jawatan timbalan presiden, termasuk Timbalan Ketua Wanita PKR Semporna, Melati Hasaman, dan Naib Ketua Wanita PKR Semporna, Rosalina Mustafa.

    MENARIK:  Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam hemah berbelanja

    Kurang ajar

    Fekirie menyifatkan cadangan Syed Badli yang baru dipilih menjadi ketua cabang sebagai 'kurang ajar' dan cuba menafikan gesaan Anwar yang mahu pengundian berlangsung dengan baik tanpa perpecahan.

    Mengenai tindakan Rafizi bercuti, Fekirie menjelaskan bahawa menteri ekonomi itu jarang mengambil cuti dan dia juga memerlukan masa untuk berehat kerana mempunyai masalah kesihatan.

    "Namun beberapa individu termasuk Syed Badli inilah antara yang sengaja menjadikan cuti Rafizi sebagai satu isu dan kaitkan dengan ketidakpuasan hati terhadap pengundian,” katanya.

    Fekire berkata, walaupun Rafizi memohon cuti panjang, dia dimaklumkan bahawa menteri itu telah mula bekerja hari ini.

    "Saya ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan pelbagai spekulasi negatif dan menjadi ejen pemecah belah untuk berhenti melakukan kerosakan pada parti.

    "Jadikan pengundian ini sebagai persaingan dalam keluarga bagi memberi ruang anggota memilih pemimpin dengan tenang dan tidak berhadapan dengan ejen pemecah belah seperti Ketua Cabang Titiwangsa ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pemimpin cabang PKR termasuk Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Amin, menyuarakan sokongan kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, untuk mencabar Rafizi bagi jawatan Timbalan Presiden.

    Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu setakat ini belum menyatakan minat untuk bertanding jawatan tersebut, dan hanya mengumumkan pada 16 Mac lalu bahawa dia akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah