27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    CAP bimbang kesan alam sekitar dari projek ECRL

    Shopee Sale

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang terhadap kesan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang didakwa boleh akan membawa kepada negatif kepada kesan alam sekitar dan hidupan liar.

    Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata kajian CAP mendedahkan wujud konflik antara manusia dan hidupan liar yang meningkat secara beransur-ansur, daripada 7,925 pada 2018 kepada 13,670 pada 2023 dan 11,341 pada 2024.

    "Pertimbangan utama Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd semasa merancang laluan ECRL adalah kos, bukannya habitat hidupan liar, yang terganggu sehinggakan haiwan terpaksa meninggalkan habitat mereka.

    "CAP menyokong perundingan dengan komuniti tempatan, pemegang taruh, NGO, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kereta api untuk menangani isu ini dan melaksanakan penyelesaian untuk mengurangkan kesan sosial dan alam sekitar pembinaan ECRL," katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Menurut Mohideen, kesan ekologi daripada laluan dan kereta api terhadap hidupan liar dan alam sekitar adalah kebimbangan yang sangat ketara.

    "ECRL boleh membawa kepada kehilangan habitat, peningkatan konflik, pemburuan haram dan halangan kepada penghijrahan hidupan liar.

    “Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) sebelum ini melaporkan bahawa hutan simpan yang besar di seluruh Terengganu, Pahang dan Selangor akan dikorbankan bagi pembangunan, menyebabkan kerosakan alam sekitar yang besar,” katanya.

    Mohideen juga memetik kenyataan Menteri NRES NiK Nazmi Nik Ahmad bahawa 80,375 kejadian konflik manusia-hidupan liar dilaporkan sepanjang 665 kilometer ECRL antara 2018 dan 2024.

    MENARIK:  Anak guam saya antara pemidato terbaik - Peguam Najib

    Turut dilaporkan, katanya, fasa pertama ECRL di antara Kota Bharu dan Gombak melalui beberapa hutan simpan mesra hidupan liar.

    "Walaupun penilaian kesan alam sekitar, alat yang direka untuk mengenal pasti dan meramalkan kesan sesuatu projek telah dilakukan untuk ECRL, hakikatnya pasti akan ada penebangan pokok, sungai berkelodak akibat kehilangan hutan, risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan yang terjejas dan kesan kepada habitat hidupan liar.

    "Laluan kereta api kebanyakannya terletak di habitat hidupan liar yang semakin mengecil, menimbulkan risiko kepada kelangsungan hidup haiwan ini.

    “Pembersihan kawasan ini meningkatkan kebolehcapaian spesies terancam seperti harimau Malaya, gajah, dan tapir kepada pemburu haram dan mereka yang terlibat dalam perdagangan hidupan liar haram.

    “Landasan kereta api melalui hutan dan kawasan perlindungan menghalang akses hidupan liar kepada sumber makanan dan air, memaksa haiwan liar ini menghadapi kereta api yang bergerak pantas semasa pergerakan semula jadinya.

    “Bukan sahaja hidupan liar terjejas, skop dan skala ECRL juga telah menyebabkan perpindahan masyarakat, dengan kampung-kampung di Gombak terpaksa berpindah." katanya.

    ECRL ialah projek yang dicadangkan untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan ke Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah