25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua lelaki dicari SPRM berhubung kes mahkamah

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang warga Bangladesh setelah lelaki itu gagal hadir di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah bagi pertuduhan kes.

    SPRM dalam kenyataannya memaklumkan Md Asraful Islam, 38, merupakan pemegang pasport bernombor EH0365795 dan alamat terakhir dikesan ialah di G-13, Blok 4, Jalan Mesra 3, Taman Mesra,13400 Butterworth, Pulau Pinang.

    “Individu tersebut gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan.

    "Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat SRPM Ramli Abd Hamid di talian 019-2676958 atau e-mel kepada [email protected],” kata kenyataan itu.

    Dalam kenyataan berasingan pula, SPRM turut mahu mengesan seorang lelaki tempatan Mohamad Syaza Na'im Mohd Khairudin, 30, yang mempunyai beralamat terakhir di A4-G06, Lorong Pauh Indah 3, Taman Pauh Indah, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

    MENARIK:  Peguam Negara: Mahkamah Tinggi 'tersilap' dalam keputusan kes Koh, Amri

    “Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Adam Khalid di talian 016-6491439 atau e-mel kepada [email protected],” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah