27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua lagi ditahan bantu siasatan kes pusat hiburan dibakar bom petrol

    Shopee Sale

    Polis menahan dua lagi individu disyaki terbabit dalam kes sebuah pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dua lelaki berkenaan ditahan hari ini sekali gus menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai empat orang.

    Beliau berkata keempat-empat yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun dan direman empat hari mulai hari ini hingga 14 Mei.

    "Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Khamis lepas, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng.

    MENARIK:  PM umum Syed Mokhtar setuju salur RM30 juta bantu pesawah miskin

    Susulan itu, dua lelaki ditahan di Batu Caves, Selangor petang semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

    Semalam, Rusdi dilaporkan berkata keterangan daripada pemilik premis dan pengurus pusat hiburan juga telah diambil bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah