29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dilabel MP Rohingya, Fadhli ancam saman Parpukari

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook Salim Iskandar yang menuduhnya sebagai ahli parlimen dari etnik Rohingya.

    Dalam satu hantaran di Facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata hantaran fitnah Salim yang juga blogger sebagai satu perbuatan melampau.

    "Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang kepada individu ini di atas hantaran fitnah," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

    Fadhli turut berkongsi pautan Facebook Salim yang turut memuatnaik poster: "Tahniah Yb Fadhli Shaari etnik Rohingya pertama berjaya jadi ahli Parlimen di Malaysia".

    MENARIK:  Kultus Korea: Taklimat polis minggu ini - Saifuddin

    Dalam hantaran itu Salim, atau lebih dikenali dengan Parpukari memetik isu "Rohingya yang terlampau" melanda negara ketika ini dengan mengaitkan pemimpin PAS itu.

    "Sejak kebelakangan ini, negara dipanda musibah dengan kebanjiran bangsa Rohingya, dari Selayang hingga Parlimen mereka telah kuasa.

    "Tanpa kita sedar, dah ada ahli Parlimen dari kalangan etnik Rohingya jilake," tulisnya di Facebook.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah