33.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Desakan letak jawatan dorong saya buat lebih baik – Fadhlina

    Shopee Sale

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan desakan supaya dia meletakkan jawatan sebagai pendorong untuk dia melakukan tugas lebih baik.

    Mengakui dirinya mempunyai kelemahan, Fadhlina berkata dia melihat kritikan terhadapnya sebagai peluang untuk memperbaiki diri.

    "Apabila saya memilih untuk menjadi ahli politik, saya perlu berhadapan dengan pelbagai bentuk kritikan.

    "Saya akui saya ada kelemahan sendiri, tetapi saya tetap fokus untuk melakukan yang terbaik," katanya semasa sesi taklimat media khas bersama editor kanan di Putrajaya hari ini, lapor The Star.

    Fadhlina berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menasihatinya supaya bersabar, sambil mengingatkan bahawa dia sendiri pernah berdepan cabaran yang lebih besar ketika memegang portfolio Menteri Pendidikan dari 1986 hingga 1991.

    MENARIK:  ULASAN | Malulah kepada seluruh rakyat...

    Semalam, sekumpulan aktivis, pelajar, dan anggota masyarakat berkumpul untuk menyerahkan memorandum mengenai isu keselamatan sekolah kepada Fadhlina, susulan kebimbangan berhubung peningkatan insiden keganasan di sekolah.

    Semasa penyerahan memorandum itu, Fadhlina menerima salinan dokumen berkenaan diiringi laungan yang menuntut dia meletakkan jawatan.

    Memorandum oleh Sekretariat Sekolah Selamat itu memberikan tempoh 30 hari kepada Kemnterian Pendidikan untuk melaksanakan 11 tuntutan. Mereka juga memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan desakan agar Fadhlina meletakkan jawatan menjadi lebih kuat.

    Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan beberapa langkah untuk meningkatkan keselamatan dan menangani isu disiplin di institusi pendidikan, termasuk peruntukan tambahan bagi pemasangan CCTV dan saringan kesihatan mental untuk pelajar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah