32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemerkasaan Bumiputera perlu dilaksana semua kementerian, agensi – PM

    Shopee Sale

    Agenda pemerkasaan Bumiputera bukan lagi tanggungjawab agensi tertentu semata-mata, sebaliknya merupakan agenda nasional yang perlu dilaksanakan oleh semua kementerian, agensi dan syarikat kerajaan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap agensi kerajaan perlu menyelaraskan dasar dan program masing-masing, bagi memastikan agenda pembangunan Bumiputera dilaksanakan secara menyeluruh.

    Beliau berkata kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), yang kini dipantau secara berkala dengan setiap kementerian dan agensi diwajibkan melaporkan pencapaian masing-masing.

    “Semua agensi Kerajaan MADANI bertanggungjawab memenuhi dasar negara. Dasar negara ialah memacu pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama menjamin pengagihan yang adil dan saksama,” kata beliau ketika berucap merasmikan SPaRK 2026 anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), di Putrajaya hari ini.

    Perdana Menteri berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan agensi Bumiputera baharu, sebaliknya mahu memperkasakan institusi sedia ada serta memastikan semua kementerian dan agensi memainkan perananan masing-masing.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan itu, akan mempercepat pelaksanaan dasar serta mengelakkan pertindihan fungsi antara agensi.

    MENARIK:  Pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM100,000 ditahan

    “Saya fikir kalau kita ikut teruskan kaedah lama kemudian mengharapkan hasil yang lebih baik, itu tidak mungkin berlaku.

    “Sebab itu saya tidak cenderung menubuhkan agensi bumiputera baharu, tetapi saya cenderung memastikan agensi (bumiputera) ini diperkasakan,” katanya.

    Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara, tanpa mengabaikan pengagihan kekayaan secara adil kepada rakyat.

    Beliau berkata pembangunan ekonomi negara perlu dilaksanakan secara inklusif, dengan memastikan semua golongan terus mendapat manfaat.

    “Kita tidak menghalang sesiapa bekerja keras memacu pertumbuhan ekonomi, sama ada dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum, ekonomi digital atau peralihan tenaga. Tetapi pada masa sama kita mesti memastikan pengagihan yang adil,” katanya.

    Anwar berkata kerajaan mengamalkan pendekatan raising the ceiling bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara dan pada masa sama raising the floor, untuk membantu golongan yang masih memerlukan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah