Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan penandatanganan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean 2045: Masa Depan Bersama sebagai detik yang paling penting dalam perjalanan integrasi rantau ini.
Menegaskan bahawa masa depan Asean mesti bergantung kepada "asas kemampanan dan keterangkuman," perdana menteri berkata, integrasi serantau mesti benar-benar berpaksikan rakyat.
“Ini bermakna menutup jurang perbezaan pembangunan, meningkatkan taraf hidup dan melabur dalam semangat kemanusiaan dan potensi semua rakyat kita,” katanya dalam ucapan perasmian sebelum majlis menandatangani deklarasi itu di Kuala Lumpur hari ini.
Deklarasi itu – yang diperakui semasa Sidang Kemuncak Asean kali ini – mewakili peristiwa penting dalam komitmen blok tersebut membina komuniti serantau yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.
Visi baru itu akan menggantikan Asean 2025: Forging Ahead Together yang diterima pakai pada 2015.
[Laporan lanjut menyusul]





