27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan kapal Cina masuk kawasan: Jangan takut, kata PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata nelayan tidak perlu takut dengan dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan, khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali dalam perairan Sarawak.

    “Jangan takut.

    “Jangan takut,” katanya ringkas ketika ditanya berkaitan kebimbangan nelayan di Putrajaya hari ini.

    Anwar sebelum itu merasmikan Bulan Keselamatan Negara.

    Anwar Ibrahim

    Malaysiakini Sabtu lalu melaporkan keluhan Kelab Pemancing Miri bahawa mereka tidak lagi bebas kerana kerana khuatir diganggu CCG.

    Setiausaha kelab itu Vincent Lo berkata terdapat nelayan dan kaki pancing terserempak dengan CCG di dalam kawasan perairan 70 batu nautika.

    Katanya, sebelum ini ada bot nelayan dihalau balik.

    Malaysia tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain terhadap Beting Patinggi Ali memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

    Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (secara khusus di di Tanjung Baram), Sarawak dan dalam kawasan perairan ZEE.

    Data kapal CCG meronda kawasan Beting Patinggi Ali dari 23 Disember 2019 ke 13 Januari 2020.

    China merujuk Beting Patinggi Ali sebagai Nánkāng ànshā dan Beijing menganggap ia bahagian paling selatan wilayahnya kira-kira 2,000km dari tanah besar negara itu.

    MENARIK:  Perang tak terkawal, konflik mungkin merebak 

    Sejak lebih sedekad, kapal China kerap membuat rondaan di perairan negara yang menjadi pertikaian, termasuk di Beting Patinggi Ali.

    Laporan Ketua Audit Negara (KAN) 2018 Siri 3 mendedahkan CCG dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLA) direkod menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah