Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Christina Liew gagal mempertahankan jawatannya dalam pertandingan satu lawan satu pengundian parti di Sabah.
Liew bekas pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah merupakan menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah serta Adun Api-Api hanya meraih 1,157 undi berbanding pencabarnya Lee Li Mei, pemimpin komuniti di DUN Api-Api yang meraih 1,381 undi.
Sementara itu, media tempatan melaporkan timbalan menteri pendidikan tinggi Mustapha Sakmud yang juga pengerusi MPN PKR Sabah mengekalkan jawatannya sebagai ketua cabang PKR Kota Belud.
Ahli parlimen Sepanggar itu menang besar apabila meraih 1,405 undi berbanding Madeli @ Modily Bangali (100) dan Azhrie Jenaim (67).
Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Peto Galim, yang juga timbalan pengerusi MPN PKR Sabah, turut mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Sepanggar.
Timbalan Ketua Penerangan PKR Mohammad Razeef Rakimin, yang juga ketua Penerangan PKR Sabah, mengekalkan jawatan sebagai ketua Cabang PKR Tuaran.





