25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Calon bekas ahli PAS: 'Good luck' Bersatu, kata Umno

    Shopee Sale

    Cara Perikatan Nasional (PN) memilih calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri (DUN) Nenggiri, Kelantan menunjukkan PAS tidak menghormati rakan gabungannya.

    "Itulah PAS, mana pernah menghormati rakan dalam gabungan kerjasama,” kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

    Katanya, apabila ada kuasa sedikit, parti itu pasti menindas bahkan sanggup mengkhianati kawan. 

    “Saya hanya boleh ucapkan good luck (selamat maju jaya ) kepada parti Bersatu," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.

    Asyraf Wajdi Dusuki

    PN malam tadi mengumumkan bekas timbalan ketua pemuda PAS Kawasan Gua Musang Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Bersatu di Nenggiri.

    Menariknya, dia dikatakan baru sehari atau dua hari menyertai Bersatu.

    ‘Penipuan di siang hari’

    Sementara itu, Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Bersatu seolah-olah meletakkan “calon palsu”.

    "Bahkan meletakkan calon yang baru dua hari keluar PAS sebagai calon mewakili Bersatu adalah penipuan di siang hari,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Katanya, justeru tidak menghairankan kenapa calon PN bersumpah laknat untuk tidak melompat parti ketika pengumuman semalam.

    “Rupanya sumpah laknat itu disediakan oleh PAS.

    "Tidakkah itu memalukan. Calon buat sumpah laknat kalau melompat parti, sedangkan dia baru dua hari melompat daripada PAS kepada Bersatu," katanya.

    Puad Zarkashi

    Rizwadi melafazkan sumpah laknat sebagai pengikat janji yang dia tidak akan berubah haluan ataupun menukar sokongan jika dipilih sebagai Adun Nenggiri.

    MENARIK:  Hamas, ketua perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza

    Dia turut berikrar untuk patuh kepada perlembagaan serta dasar-dasar perjuangan parti itu selagi mana tidak bercanggah Islam. 

    Puad berkata, sepatutnya sumpah laknat itu secara automatik sudah jatuh kepada Mohd Rizwadi kerana dia baru dua hari melompat parti.

    "Bukan sahaja PAS tidak bermaruah tetapi Bersatu juga tidak bermaruah kerana ikut telunjuk PAS. 

    “Semoga rakyat Nenggiri buka mata dan mereka sendiri melaknat calon PN itu," jelasnya.

    ‘Strategi kartun’

    Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman membidas pencalonan Rizwadi sebagai “strategi kartun”.

    “Ini strategi kartun, yang jelas pucuk pimpinan Bersatu tak yakin dan memandang rendah kepada pemimpin Bersatu bahagian dan amat malang sekali ini satu penghinaan kepada mereka.

    “Insya-Allah BN yakin dengan pengundi Nenggiri yang akan pilih calon BN untuk kesejahteraan sekarang dan masa depan anak-anak mereka,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah