Pelakon dan pengacara, Shera Aiyob meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang gemar memperlekehkan minat dan aktiviti orang lain di media sosial.
Artikel Berkaitan: Kilafairy Terdetik Nak ‘Freehair’, Shera Aiyob Beri Nasihat – ‘Kalau Nak Buat Sesuatu, Fikir Allah Suka Ke Tak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shera Aiyob Kongsi Sebab Jatuh Cinta Dengan Zahiril Adzim – ‘Dia Berbeza Dengan Ex Boyfriend Saya’
Jangan kutuk minat orang lain

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Syahira Aiyob, 40, berpandangan bahawa seseorang itu sewajarnya tidak bersikap negatif hanya kerana belum pernah mencuba atau kurang berminat terhadap sesuatu aktiviti.
Sebelum ini Pickleball selalu dijadikan bahan kutukan.
Sekarang ni Hyrox pula.
Apa masalah manusia macam ini eh?
Hanya sebab korang tak pernah cuba atau tak berminat nak cuba, jangan jadi bitter boleh tak?
Ujar Shera lagi, setiap individu berhak menggunakan masa, tenaga dan wang mereka untuk melakukan perkara yang disukai tanpa perlu berdepan kritikan daripada orang lain.
Biarlah orang nak buat apa pun.
Duit dorang, guna masa dan tenaga dorang.
Awak buat sahaja apa yang awak suka, jangan membahan minat orang lain.
Sumber: Threads
The post ‘Dulu Pickleball, Sekarang Hyrox’ – Shera Aiyob Tegur Jangan Perlekeh Minat Orang Lain first appeared on OHBULAN!.





