32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cadangan Risda pembeli tunggal getah pekebun dibentang ke kabinet

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengumumkan bahawa beliau akan membentangkan cadangan kepada mesyuarat jemaah menteri dalam tempoh dua bulan untuk mendapatkan persetujuan terhadap inisiatif menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) sebagai pembeli tunggal getah pekebun kecil.

    Beliau berkata ia merupakan saranan Pengerusi Risda Manndzri Nasib bagi menjadikan Risda sebagai pembeli tunggal getah untuk pekebun kecil.

    “Ini merupakan satu ‘game changer’ dan satu cadangan baru dan saya telah meminta Ketua Pengarah dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menyediakan kertas kerja (untuk dibentangkan kepada mesyuarat) Jemaah Menteri dalam tempoh dua bulan ini untuk mendapat persetujuan,” katanya.

    Ahmad Zahid berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Pegawai Lapangan Risda Tahun 2025 di Bangi hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Risda Manndzri Nasib.

    Beliau berkata langkah baru ini adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan untuk membela nasib pekebun kecil yang bergantung kepada harga lantai seperti yang diumumkan perdana menteri dalam ucapan belanjawan setiap tahun.

    MENARIK:  Tiada masalah guna helikopter, bukan kerajaan bayar - Zahid

    Terdahulu di dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata sehingga hari ini, lebih 500,000 pekebun kecil telah menjadi wira industri ini dengan menyumbang 89 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah negara, jauh mengatasi sektor estet yang hanya menyumbang 11 peratus.

    Beliau turut berkata keperluan meningkatkan harga getah dan pengeluaran lateks, yang kini memerlukan Malaysia mengimport lateks bernilai RM6 bilion setahun walaupun negara merupakan pengeluar utama.

    “Mungkin kolaborasi juga boleh dilakukan untuk memastikan peningkatan harga getah dan pengeluaran lateks dapat dipertingkatkan. Kita akan menentukan pasaran dan mencipta produk-produk berasaskan getah asli dengan berkolaborasi bersama pemain industri bagi mengelakkan penggunaan getah tiruan,” katanya.

    Beliau menekankan keperluan untuk membangunkan komuniti pekebun kecil seramai 2.7 juta orang, yang disifatkannya bukan sekadar pewaris tanah tetapi pewaris industri.

    “Mereka perlu digilap melalui latihan kemahiran, pengurusan moden, TVET dan pendidikan ekonomi. Matlamatnya adalah untuk mencipta generasi pekebun kecil yang berwawasan dan berdaya saing,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah