32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cadangan kerja dari rumah, PdPR semasa sidang Asean dibawa ke kabinet

    Shopee Sale

    Cadangan mengenai kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak Asean pada Mei dan Oktober depan akan dibawa ke perhatian Kabinet, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau berkata cadangan ini timbul berikutan kesulitan dan kekangan yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terkesan akibat penutupan jalan semasa lawatan negara Presiden China Xi Jinping, ke Malaysia.

    “Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet agar jabatan-jabatan yang berkenaan boleh bekerja dari rumah, dan sekolah pula boleh menjalankan PdPR untuk mengurangkan kesesakan serta kesulitan yang dihadapi oleh rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

    “Jadi, saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan penutupan jalan semasa lawatan Xi,” katanya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang hari ini.

    MENARIK:  Kebakaran 23 premis: Mangsa tak sempat selamatkan barang

    Terdahulu, beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Xi dan delegasinya yang berlepas ke Kemboja selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

    Beberapa laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya telah ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat dari 15 hingga 17 April bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara Xi.

    Walaupun penutupan ini bertujuan untuk melancarkan aspek logistik dan keselamatan serta telah dimaklumkan lebih awal, situasi tersebut mengundang keluhan daripada pengguna jalan raya yang terperanangkap dalam kesesakan teruk.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah