31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Tiada arahan halang MB Johor masuk Felda

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud arahan bagi menghalang Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Persekutuan hanya memberikan tumpuan kepada pelaksanaan projek di bawah bidang kuasa sedia ada di tanah rancangan berkenaan.

    “Arahan (halang) tak ada. Arahan (adalah) Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan (manakala) negeri, dia buat kerja negerilah.

    MENARIK:  Samun berparang, kontraktor diikat, belasah di ladang sawit

    "Apa nak riuh-riuh, buat apa,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil di Dengkil hari ini.

    Anwar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Menteri Besar Johor itu yang mendakwa beliau dihalang daripada memasuki kawasan Felda.

    Sebelum ini, Onn Hafiz mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan Felda bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah