34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cabar Rafizi: Jangan letak perkataan itu di mulut saya, kata Saifuddin

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi bahawa dia akan menentang Rafizi Ramli, pada gelanggang pengundian PKR bagi penggal ini untuk jawatan timbalan presiden parti.

    Sebelum ini, ada penganalisis yang berpendapat keputusan di 222 cabang PKR yang menyaksikan ramai penyokong Rafizi tewas memberi petunjuk kepada Saifuddin untuk mencabar timbalan presiden itu sekali.

    Saifuddin Nasution Ismail

    "Kalau saya (tetapkan) saya panggil sidang media.... jangan letakkan perkataan itu di mulut saya (soal mempertimbangkan bertanding)... masih ada dua tiga proses lagi," katanya pada sidang media, selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Putrajaya, hari ini.

    Menteri itu berkata, dia baru-baru ini mengadakan pertemuan tertutup dengan Rafizi di pejabat timbalan presiden tersebut bagi membincangkan perananan masing-masing dalam memperkukuhkan parti.

    “Saya sedar terdapat pandangan daripada beberapa pihak yang menyatakan sudah sampai masanya untuk saya membuat pengumuman berhubung perkara ini.

    “Namun saya belum membuat sebarang ketetapan sama ada untuk bertanding atau tidak,” katanya.

    Saifuddin menjelaskan dia dan Rafizi saling berterus terang dalam pertemuan mereka dan komited untuk terus bekerjasama memperkukuh kepimpinan parti.

    “Pemilihan adalah proses demokrasi yang tidak boleh mati dalam parti reformasi seperti PKR,” katanya.

    Antara pemimpin yang dikaitkan dengan Rafizi ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Kedua-dua mereka tewas dengan majoriti tipis.

    MENARIK:  PPSM mahu semua hormati RUU Mufti Wilayah Persekutuan

    Saifuddin menolak label yang diberikan bahawa terdapat ‘orang Saifuddin’ atau ‘orang Rafizi’, dalam PKR. Sebaliknya, katanya, bahawa semua mereka adalah ‘orang parti’, seperti ditegaskan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

    Sehubungan itu, Saifuddin berkata, kesetiaannya kepada PKR tidak wajar dipersoalkan memandangkan dia pernah memegang jawatan penting selama 14 tahun dan terlibat sejak penubuhan parti.

    “Saya bersama rakan pengasas lain membina PKR dari awal tanpa sokongan atau pengaruh. Parti ini sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

    Saifuddin juga menasihatkan ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian di peringkat akar umbi supaya menyampaikan melalui saluran rasmi.

    “Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan bermesyuarat esok dan itu platform terbaik untuk menyuarakan pandangan,” katanya.

    Berhubung kekalahan beberapa tokoh besar dalam pengundian cabang, dia menegaskan mereka tidak akan dipinggirkan.

    “Selagi berkhidmat dan setia, tetap ada tempat. Dalam parti, saya lebih banyak kalah daripada menang, tapi saya masih di sini,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah