25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukit Aman tolak dakwaan ‘istana terkait’ serangan terhadap pemain bola

    Shopee Sale

    Polis menolak dakwaan yang dikongsi di media sosial mengenai dakwaan kaitan pihak istana di sebalik serangan terhadap tiga pemain bola sepak tempatan - Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

    Bercakap kepada pemberita, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata sekurang-kurangnya satu akaun media sosial yang berkongsi dakwaan sedemikian, didapati sebagai profil palsu.

    “Kami memantau (situasi). Kami tidak ada jumlah (akaun palsu) pada masa ini sebab kadang-kadang ada (muncul) selepas itu sudah tiada.

    “Kita akan meminta bantuan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) (dalam mengenalpasti pemilik-pemilik akaun media sosial ini),” kata Shuhaily semasa sidang media di Bukit Aman hari ini.

    Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilaporkan berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti seorang pemilik media sosial yang dikenali sebagai Muhammad Suresh Imran berhubung kenyataannya mengenai serangan asid ke atas tonggak skuad Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim.

    MENARIK:  Sidang DUN S'gor: Dakwaan Azmin salah, perlu minta maaf - speaker

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah