34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bicara saman SRC terhadap Najib bersambung 19 Jun

    Shopee Sale

    Perbicaraan kes saman sivil SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur  tangguhkan ke 19 Jun.

    Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menangguhkan perbicaraan selepas peguam bela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa anaknya Muhammad Farhan yang mengendalikan kes berkenaan tidak dapat menghadiri prosiding hari ini kerana penerbangannya dari London yang sepatutnya tiba hari ini dibatalkan.

    Muhammad Farhan Shafee

    “Seperti yang saya maklumkan kepada Yang Arif semasa prosiding lepas, Muhammad Farhan berada di luar negara kerana kecemasan keluarga. Kebanyakan bahan (untuk perbicaraan) sebenarnya ada pada Farhan dan dia sepatutnya memberi taklimat kepada saya mengenai dokumen khusus untuk pemeriksaan balas Datuk Suboh Md Yassin.

    “Saya mencadangkan supaya pemeriksaan balas dijalankan pada 19 dan 20 Jun, seperti yang dipersetujui sebelum ini," kata beliau dan menambah bahawa beliau berhasrat memulakan pemeriksaan balasnya terhadap Suboh sejurus selepas bekas pengarah SRC itu membaca kenyataan saksinya yang disediakan. 

    Selepas mendengar penjelasan Muhammad Shafee, peguam Suboh Datuk Dr Gurdial Singh Nijar membuat permohonan untuk menangguhkan prosiding hari ini, yang kemudiannya dibenarkan mahkamah.

    Muhammad Shafee Abdullah

    SRC, di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

    MENARIK:  Gempa Segamat: Sesar kuno aktif semula - JMG

    SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta. 

    Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

    Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022, dan susulan keputusan Lembaga Pengampunan, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah