31.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersih: Gerakan gagal bawa peranan sebagai pembangkang

    Shopee Sale

    Pemantau pilihan raya bebas, Bersih menyifatkan Gerakan tersasar daripada matlamat penubuhannya dan gagal memainkan perananan sebagai pembangkang yang berkesan.

    Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pendirian parti itu kini berbeza dengan gagasan pengasasnya, Syed Hussein Al-Atas, khususnya dalam perjuangan menoktahkan rasuah.

    “Syed Hussein Al-Atas adalah nama besar yang menubuhkan parti Gerakan. Saya mengamati tulisan beliau yang jelas menunjukkan komitmen beliau dalam memulihakan masyarakat.

    “Ini termasuk ketegasan beliau dalam agenda membasmi rasuah dalam buku beliau - Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi.

    "Namun hari ini saya tak lihat gagasan beliau menjadi idea pendorong parti Gerakan terutama untuk menjadi pembangkang yang berperananan sebagai ejen semak dan imbang mengemukakan idea-idea reformasi segar untuk lawan isu rasuah.

    "Apa lagi bila parti gabungan mereka Perikatan Nasional (PN) bersolidariti bersama kleptokrat baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

    Faisal mengulas kenyataan Presiden Gerakan Dominic Lau, yang mendakwa Bersih kini kurang agresif berbanding ketika pentadbiran kerajaan BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

    MENARIK:  Kes lelaki Israel miliki pistol: 10 individu ditahan semula bawah Sosma

    Menafikan dakwaan berkenaan, Faisal berkata Bersih telah menganjurkan Himpunan Reformasi 100 peratus di hadapan parlimen pada Feb tahun lalu bagi mendesak kerajaan melaksanakan Reformasi Struktural.

    "Bersih sentiasa dan akan terus mengkritik dan mengecam salah laku mana-mana kerajaan walau siapa jadi perdana menteri,” katanya.

    Untuk rekod, Bersih memberikan gred "D" kepada kerajaan pada November tahun lalu kerana didakwa gagal melaksanakan reformasi institusi sepenuhnya.

    Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika itu menyifatkan pentadbirannya sebagai masih baru dan terlalu awal untuk menilai keseluruhan pencapaian Kerajaan Perpaduan.

    Sekretariat Rakyat Benci Rasuah yang turut disertai Bersih hari ini menganjurkan perhimpunan aman di ibu negara bagi menuntut ketelusan kerajaan terhadap kes-kes rasuah melibatkan ahli politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah